Perarakan Maulidur Rasul 1435H/2014M PERINGKAT NEGERI SELANGOR

 

 

MACMA Selangor menyertai Umat Islam Selangor bersama-sama menyambut Maulidur Rasul

MACMA Selangor menyertai Umat Islam Selangor bersama-sama menyambut Maulidur Rasul

MACMA Selangor telah menghantar kontinjen bagi menyertai Perarakan Maulidur Rasul 1435H/2014M Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 14 Januari 2014 (Selasa). Perarakan bermula di Stadium Mini Shah Alam dan berakhir di Stadium Malawati Shah Alam.

Seramai 5,000 umat Islam dalam 110 kontinjen telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor. MACMA SELANGOR merupakan satu-satunya badan NGO-Islam yang mewalkili kaum Cina didalam perarakan tersebut. Perarakan sejauh dua kilometer bermula di Stadium Shah Alam dan berakhir di Stadium Malawati, Shah Alam diketuai oleh Bro Mohd Kok dan Sis Alina Ong. Ia disertai beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan-badan berkanun dan syarikat swasta.
Majlis berkenaan dirasmikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah. Turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, YB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan EXCO kerajaan Negeri.
Pakaian seragam Tshirt perarakan bertemakan warna oren dan merah pada tahun ini dan tudung serta kopiah telah dibekalkan kepada setiap peserta. Malangnya, kopiah kami tidak kesampaian untuk dipakai oleh kerana van yang rosak dan tidak sampai ke lokasi.
Pada tahun ini, MACMA telah diduga dengan pelbagai rintangan, antaranya van MACMA yang tidak dapat dihidupkan enjinnya pada saat terakhir. Ini telah menyebabkan rombongan daripada Ampang terkandas dan ada juga ahli-ahli yang tidak dapat hadir pada saat akhir. Rintangan tersebut telah mengurangkan peserta perarakan kami.
Walaupun terdapat beberapa kekangan; ahli-ahli MACMA Selangor yang menyertai perarakan tersebut berasa bangga kerana ada penonton yang terpegun melihat sepandok kami yang bertulisan Cina menyebut Nabi Muhamamad Penyuluh Ummah dan dibawa oleh peserta-peserta bermata sepet.
MACMA Selangor yang terdiri daripada kaum keluarga dan kanak-kanak seramai 22 orang amat bersemangat waja untuk bersama-sama turun padang bersama-sama saudara seumat untuk menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini.
Penyertaan perarakan tersebut telah merapatkan tali silaturahim antara ahli-ahli yang hadir, semoga lebih ramai lagi ahli aktif menyertai perarakan ini  pada tahun hadapan serta aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan sepanjang 2014.

Share Your Comments With the World!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Directory powered by Business Directory Plugin
Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com

by Bliss Drive Review